DASAR – DASAR DAN PERATURAN
​
YURAN
-
Setiap pembayaran yuran bulanan tuisyen sebanyak maksimum RM 40.00 /subjek perlulah dijelaskan sebelum 7hb setiap bulan.
-
Yuran pendaftaran berjumlah RM 30.00 dikenakan ke atas setiap pelajar yang berdaftar bagi tujuan proses pendaftaran dan rekod pelajar.
-
Bayaran yuran tuisyen hendaklan dijelaskan oleh ibu/bapa penjaga bermula daripada bulan Januari sehingga November bagi tahun persekolahan. Yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan. (MENGIKUT PERSETUJUAN BERSAMA IBUBAPA)
-
Resit yuran akan dikeluarkan sehari selepas tarikh pembayaran tetapi jika bayaran dibuat pada hari Jumaat atau sebelum cuti am/umum, maka resit akan diberikan pada hari tuisyen yang seterusnya. Semua catatan bayaran yuran adalah mengikut rekod simpanan Pusat Tuisyen.
-
Sekiranya ibubapa/penjaga gagal menjelaskan yuran pada bulan berkenaan, surat peringatan pertama akan dihantar kepada ibu/bapa penjaga pelajar.
-
Sekiranya ibubapa penjaga pelajar gagal menjelaskan yuran tuisyen untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut, surat peringatan terakhir akan dihantar kepada ibubapa/penjaga pelajar.
-
Pihak Tuisyen berhak memberhentikan persekolahan pelajar berkenaan sekiranya ibubapa/penjaga masih gagal menjelaskan yuran tuisyen anak mereka untuk tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
-
Pihak Tuisyen akan menghantar surat tuntutan kepada ibubapa penjaga untuk menuntut jumlah yuran tuisyen yang tertunggak.
KEDATANGAN
-
Ibubapa/penjaga mestilah memastikan anak-anak mereka hadir ke Pusat Tuisyen mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan.
-
Sekiranya pelajar tidak hadir atas alasan sakit, ibubapa/penjaga hendaklah memberitahu pihak pusat tuisyen seberapa segera bagi memastikan proses pembelajaran pelajar tidak terganggu dan salahfaham berlaku.
PAKAIAN
-
Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai untuk ke Pusat Tuisyen. Pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
-
Pelajar juga tidak dibenarkan memakai barang kemas, membawa wang berlebihan atau benda-benda tajam dan juga barang mainan ke Pusat Tuisyen.
DISIPLIN
-
Murid tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit ketika sesi pembelajaran (kecuali kes kecemasan).
-
Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetap oleh pihak Tuisyen. Sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan-peraturan ini, pihak pengurusan Tuisyen akan memanggil ibubapa/penjaga bagi membincangkan perkara tersebut. Sekiranya kesalahan masih lagi berulang, tindakan disiplin akan diambil samada dengan menggantung atau memberhentikan tuisyen pelajar tersebut.
JADUAL TUISYEN
-
Pelajar-pelajar akan diberikan jadual pembelajaran setiap awal bulan. Sekiranya terdapat perubahan, ibubapa/penjaga akan dimaklumkan secara bertulis seminggu awal dari tarikh perlaksanaan jadual baru.
-
Pelajar hendaklah mengikut jadual tuisyen yang diberikan bagi mengelakkan dari tercicir dari kelas.